Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat

Sejak transformasi dari perbankan konvensional kepada perbankan Syariah dalam tahun 2002, Bank Rakyat kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia.  Ia menawarkan pembiayaan Peribadi-i Awam (Rakan Pintar) berkonsep islamik Tawarruq direka khas untuk kakitangan Awam dan syarikat GLC terpilih yang mana ia menawarkan kadar keuntungan yang sangat kompetitif dengan manfaat istimewa yang dapat memenuhi keperluan kewangan anda.

Ciri-Ciri

  • Kadar asas semasa adalah 3.95%
  • Terdapat pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung mengikut kesesuaian pelanggan.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun atau 120 bulan.
  • Pembiayaan sehingga 35 kali gaji kasar bulanan dengan had pembiayaan maksima RM200,000
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Cara pembayaran ansuran adalah melalui pemindahan gaji ke Bank Rakyat melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) atau Potongan Gaji Majikan (PGM)
  • Perlindungan takaful tidak diwajibkan. Pelanggan boleh memilih pakej dengan Takaful atau tanpa perlindungan Takaful.
  • Tambahan kadar keuntungan sebanyak 1.5% atas kadar keuntungan semasa untuk pembiayaan tanpa takaful
  • Tiada bayaran pendahuluan

Syarat Pemohon

  • Pemohon mesti Warganegara Malaysia dan sedang bermastautin di Malaysia.
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Bergaji tetap minimum RM1,200 sebulan termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam dan syarikat GLC (syarikat kaitan kerajaan) terpilih
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga bulan. Mesti disahkan pleh majikan.

Faedah Tambahan Kepada Peminjam

Keahlian percuma untuk Premium Banking Bank Rakyat.
Pulangan tunai RM0.50 setiap kali transaksi MEPS dan Tabung Haji di mesin ATM

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan MyKad/MyTentera
  • Slip gaji untuk 3 bulan terakhir.
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gaji)
  • Sekurang-kurangnya satu daripada berikut – Surat Pengesahan Majikan atau Borang EA.

Untuk memohon, anda boleh melawat mana-mana  148 cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.

Leave a Comment