whatsapp 0126932923

Koperasi Kowaja

Latar Belakang Koperasi Kowaja

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad atau secara ringkasnya dikenali sebagai “KOWAJA” telah ditubuhkan pada 15 Julai 2003 berlandaskan visi Wawasan 2020 dan dasar Koperasi Negara. Sehingga tahun 2008, KOWAJA mempunyai lebih daripada 60,000 orang anggota.

Matlamat utama KOWAJA ialah menyediakan pembiayaan peribadi, khidmat nasihat serta sokongan yang berterusan kepada pihak anggotanya. Keutamaan KOWAJA adalah mementingkan kebajikan anggotanya dan untuk “membebaskan” ahli-ahli dari terus dibelenggu dalam budaya “hutang haram” yang semakin berleluasa.

Maklumat lebih lanjut mengenai kowaja termasuk misi, aktiviti, keanggotaan dan peristiwa penting boleh didapati di laman web kowaja

Kelebihan Pinjaman Koperasi Kowaja

  • Pinjaman maksima sehingga RM150,000
  • Efisien. Sangat cepat dapat duit (Kurang seminggu)
  • Tempoh bayaran balik sehingga 20 tahun
  • Blacklist layak selagi hutang tidak boleh melebihi RM30,000
  • Kadar keuntungan adalah untuk 15 tahun adalah lebih kurang 8.38% setahun
  • Senarai majikan bukan sahaja kerajaan pusat, kerajaan negeri dan badan berkanun, tetapi termasuk juga syarikat swasta yang membenarkan potongan biro angkasa

Oleh kerana prosesnya cepat, maka ramai kakitangan kerajaan yang memerlukan pinjaman untuk tujuan kecemasan memohon pinjaman daripada koperasi kowaja. Ianya juga popular di kalangan sektor swasta kerana blacklist pun layak memohon.

Memohon pinjaman Kowaja

Sekiranya anda berminat dengan pinjaman kowaja anda boleh memohon melalui kami. Kami boleh membantu mengira kelayakan untuk anda (semakan kelayakan).