whatsapp 0126932923

Home » artikel » Pentingnya Merancang Kewangan

Pentingnya Merancang Kewangan

Pentingnya Merancang Kewangan

Adakah kita sedar betapa pentingnya merancang kewangan kita? Siapa pun kita, merancang kewangan adalah sangat penting.  Jika kita tidak merancang sekarang, bagaimana masa tua kita nanti ? Selagi masih ada masa dan peluang untuk kita berbuat sesuatu. Marilah kita berfikir sejenak tentang masa depan kita dan anak-anak kita. Marilah kita semua sama-sama menyedari dan menitik-beratkan tentang pengurusan kewangan.

Apakah itu merancang kewangan?

Merancang kewangan adalah satu proses dan strategi perancangan yang dirangka dengan baik yang menggunakan sumber kewangan anda untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang. Menerusi perancangan kewangan ini anda dapat melihat di manakah kedudukan kewangan anda pada masa kini, arahnya pada masa depan, bagaimana untuk mencapainya dan bila sepatutnya bermula.

Amat penting bagi setiap individu untuk membuat perancangan kewangan secepat mungkin terutama bagi mereka yang mula memasuki alam pekerjaan. Jika yang sudah lama bekerja, tetapi masih lagi belum membuat sebarang perancangan, masih lagi belum terlambat. Tidak kira di titik mana anda berada tetap tidak terlewat untuk membuat sebarang perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Merancang  perbelanjaan dengan bijak dapat menyelamatkan kita daripada mengalami krisis kewangan. Tanpa perancangan yang rapi banyak perkara yang tidak dapat kita melakukannya dengan baik.

Hidup mesti ada matlamat dan pengakhirnya. Jadi, kenalah merancang. Kerana setiap apa yang berlaku mesti ada penyebabnya.

Sebagai contoh :
Ingin bersara awa: Bersara maknanya tidak bekerja. Harga barang keperluan seharian semakin meningkat. Jika kita tak menyimpan duit sekarang, mana datangnya duit itu esok hari?

Kematian itu pasti: Tidak semestinya kita akan mati selepas tua. Jika masih tak bersedia untuk buat persediaan untuk orang yang akan terus hidup selepas kita tiada. Bagaimana mereka meneruskan kehidupan jika hari esok tak ada simpanan? Bayangkan, jika anak-anak yang di tinggalkan masih kecil? Jika keadaan terdesak, adakah mereka akan membuat pinjaman daripada individu yang tak bertauliah? Selalunya kita beranggapan, bila hari itu tiba, pandai-pandailah mereka teruskan kehidupan.