whatsapp 0126932923

Home » artikel » Credit tip off service (CTOS)

Credit tip off service (CTOS)


Pernahkah anda memohon pinjaman dari bank dan pinjaman anda itu tidak diluluskan sebab nama anda ada dalam senarai CTOS?

CTOS biasa dikaitkan dengan Blacklist kerana jika nama tersenarai di CTOS (Credit Tip-Off Service Sdn Bhd), dan anda tidak melakukan apa-apa, anda akan menghadapi masalah mendapatkan kredit kewangan seperti pinjaman kewangan peribadi, kenderaan, perumahan, pendidikan, perniagaan ataupun mendapatkan kad kredit.

Walaubagaimanapun, CTOS hanya merupakan lead information system yang berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank & institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pinjaman panel.Akan tetapi, hakikatnya, jika ada nama di CTOS, anda adalah ‘blacklisted’.

CTOS tidak membuat penilaian atau memberi pendapat tentang mana-mana peminjam. Ianya hanya menyimpan rekod tentang pinjaman sedia ada dan pinjaman lama yang dibuat peminjam.Maklumat ini amat berguna kepada pemberi kredit seperti institusi kewangan dalam proses penilaian pemohon pinjaman. Oleh itu, besar kemungkinan apabila anda memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan merujuk kepada sistem CTOS untuk maklumat tentang anda dan pinjaman lama anda.

Semakan Data CTOS
Anda dinasihatkan supaya membuat semakan “CTOS Self Check” untuk mengemaskinikan maklumat kewangan anda, khasnya setelah anda menyelesaikan pinjaman anda dengan agensi pinjaman, kewangan atau perbankan, kerana perkhidmatan ini adalah PERCUMA!

Sekiranya anda ingin tahu sama ada nama anda tersenarai dalam CTOS anda boleh melawat laman web CTOS Sdn Bhd atau melawat CTOS service centre di:

CTOS Sdn. Bhd
Unit A-8-4,8th Floor, Megan Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-27708833 Fax: 603-27708834

Laman web : www.ctos.com.my