whatsapp 0126932923

Home » artikel » Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)


Central Credit Reference Information System (CCRIS)

Apabila anda memohon pinjaman daripada institusi kewangan terutamanya bank dan
syarikat kewangan, mereka akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas anda. Ianya adalah satu
penyemakan latar belakang mengenai sejarah kredit terhadap bakal peminjam sebelum keputusan pemberian
pinjaman dibuat.Semakan dibuat melalui Biro Kredit di Bank Negara Malaysia menggunakan sistem yang dipanggil CCRIS.

CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan.Laporan CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Referrence Information System adalah satu sistem laporan kewangan individu untuk 12 bulan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi laporan terperinci tentang kemudahan kewangan yang ada pada setiap individu.

Sistem CCRIS dikendalikan oleh Biro Kredit yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan telah beroperasi sejak tahun 1982. Biro Kredit Bank Negara Malaysia, seperti biro kredit lain di seluruh dunia, pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS). :

Institusi kewangan menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan sama ada untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Bagi membantu institusi kewangan menilai dan membuat keputusan berkenaan permohonan kredit, institusi kewangan tersebut memerlukan maklumat terkini dan tepat mengenai bakal pelanggan mereka. Oleh itu, maklumat dalam laporan kredit boleh membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit.

Laporan CCRIS boleh anda dapati di Bank Negara Malaysia dengan memberikan Mykad anda. Laporan ini diberikan secara percuma dan setiap individu hanya boleh mendapat laporan ini setahun sekali sahaja. Anda boleh memohon semakan data dalam sistem CCRIS di laman web mereka:

creditbureau.bnm.gov.my